KUANTAN: Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini.
Ketua Polis Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan di sini hari ini berkata suspek berusia 42 dan 50 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi hari ini, dua hari selepas bapa mangsa yang merupakan warga tempatan membuat laporan polis berhubung kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Pada Isnin, video berdurasi seminit 20 saat tular dari akaun Tik Tok milik @alfitry_azimi52, mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di pusat peranginan itu, yang turut dimuat naik di akaun Facebook Daily Traffic Report.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini. - Gambar hiasan
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Polis siasat dakwaan cubaan culik di tadika Bandar Baru Uda
Polis menyiasat dakwaan tular cubaan culik seorang murid sekolah tadika di Bandar Baru Uda.
Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan
Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini.